pregnancy Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

kesunyian

assalamualaikum ...


masuk jew pertengahan bulan oktober sampai la sekarang

aku teramat la sunyi coz en tunang dah start bz dengan keje

urm masa bermessage pon dah tak sekerap dulu

bergayut pon kadang2 jarang2 law dapat pon time

malam tu pon kejap jew ,,, live aku sekarang kalau

en tunang bz yang jadi peneman aku ape lagi beronline

dan tonton tv jew la ... kalau ada ape2 masalah semua

aku luahkan dekat blog ni ... Tersa amat kesepian

bila en tunang tak dak masa untuk aku mula la nak

touching (T_______________T) Susah oooooooo

hidup berjauhan macam ni ....Aku taw en tunang

bekerja keras sampai macam tu sekali semua

sebab nak tanggun aku juga ... so aku kena la

berbanyak bersabar tempuhi segala dugaan

dan rintang hidup ni... sedih juga kadang2

bila fikir2kan ...



byeeeee...




miss u en tunang






Sunday, October 16, 2011

harap2 en tunang xmcm ni yeee

Masa saya mula2 kenal awak dulu tanpa ragu2 saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak terkejut,tertunduk malu,tersenyum lalu berlalu pergi meninggalkan saya terpinga2 sendiri...

3 minggu lepas tu saya jumpa awak lagi,saya kata pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK,saya nak awak jadi pasangan hidup saya...awak pandang saya sekejap lalu menunduk sambil berkata : "apa kata awak tanya mak dengan abah saya.."

Masa hari pertama perkahwinan kita saya kata pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...mata kita saling berpandangan,awak peluk saya dan memegang erat tangan saya.Takut2 awak akan kehilangan saya...

Masa 1 tahun perkahwinan kita,saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak cium tangan saya sambil berkata : ''lebih baik cepat,nanti lewat pula abang masuk kerja.."

Masa 3 tahun perkahwinan kita,saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak urut belakang saya,awak kata pada saya : "abang jangan kerja kuat sangat,sayang bimbang nanti abang jatuh sakit.."

Masa 5 tahun perkahwinan kita,saya katakan pada Awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak siapkan sarapan pagi lalu hidangkannya di depan Saya.Awak kucup dahi saya dan berkata : "sarapan bang.."

Masa 10 tahun perkahwinan kita,saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak tengah mencuci pinggan mangkuk,awak kata : "ye bang ayang tahu,abang tolong tengok-tengokkan kerja sekolah anak kita kat ruang tamu tu.."

Masa 20 tahun perkahwinan kita,saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak cakap : "jangan nak mengada-ngada,bawak keta tu elok2,lambat lagi nak sampai ni.."

Masa 25 tahun perkahwinan,umur kita 50 tahun dah pun,saya kata pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak tiba2 ketawa,"abang ingt kita ni muda lagi ke..?"

Masa 30 tahun perkahwinan kita,umur kita dah 55 tahun pun,saya katakan pada awak,SAYA CINTAKAN AWAK...awak hanya tersenyum memandang saya,kita duduk menyandar di kerusi rehat sambil awak membaca surat cinta yg saya beri masa saya memikat awak lama dulu...

Masa 40 tahun perkahwinan kita,masa tu saya bersiap-siap nak ke masjid,tiba2 awak katakan pada saya, "ABANG,SAYA CINTAKAN ABANG.."
Saya tak berkata apa2..hanya menangis kerana ayat itulah yang saya tunggu2 selama ini...

Pasangan kita mungkin tak mengekspresikan cintanya ketika mengucapkan ayat ''SAYA CINTAKAN AWAK" tapi yakinlah mereka ingin anda membalas ayat yg sama juga ketika mereka mengucapkan ayat tu...sayangilah pasangan anda seadanya,sekian..