pregnancy Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

aktiviti sebelum begelar isteri akhassss


SAMBAL SOTONG MERAH

Bahan-bahan :
4-5 ekor sotong sederhana (dipotong)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
2-3 sudu besar cili kisar
1/2 inci belacan bakar (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
garam dan gula
2 biji Limau kasturi

Cara-cara : Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Masukkan sotong dan kacau sebati. Kemudian, masukkan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Gaulkan rata2 hingga masak. last sekali perahi limau kasturi.



.........................................................................................................................................



UDANG MASAK MERAH


Udang yang dibersihkan
sedikit serbuk kunyit
2 sb cili kering kisar
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
air asam jawa
garam dan gula secukupnya - jika perlu
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara-cara


Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dalam 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. toskan dan ketepikan.

Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Masukkan udang dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. sesuaikan dengan citarasa masing-masing


                                                                       




...................................................................................................




                                       NASI AYAM






Bahan untuk rebus ayam: 1 ekor ayam Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam Garam Serbuk pati ayam ~ kalau suka 2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan: Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan. * ~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. ~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.

Untuk nasi:
3 cawan beras 5 cawan air rebusan ayam 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk Garam 1 sudu besar majerin 1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.




..................................................................................... 





Ayam mesti diperap 1 jam dengan bawang putih dan halia yg dikisar halus (untuk 500 g ayam, anggaran 3 sudu besar). Kemudian ketepikan bahan kisar, salut dengan campuran tepung goreng Kentucky (dlm kotak, gunakan 1/2) dengan 1 biji telur. Perap 1 jam lagi sebelum digoreng dlm minyak yg panas dan banyak (supaya ayam tenggelam). Jika tidak mahu gunakan telur, boleh ganti dengan sedikit air supaya tepung mudah melekat pada ayam.


 

Ayam Goreng Tandoori...




Mai.. mai.. saya nak kongsi resepi tertunggak. Ahaaa... jangan ingat bil je boleh tertunggak. Resepi pun boleh tau. Ni kes blog dianak tirikan seketika. BLOG SAHAJA. Internet mana boleh diketepikan. Celik je mata. Perkara pertama yang saya petik ialah suis laptop. See... betapa karibnya saya dengan dunia maya. Bagai SAMBAL dengan BELACAN. Ceehh... apa punya perumpamaan daa...


OK... Ini resepi yang tak jemu diulang berhari-hari. SUNGGUH. BETUL.PERCAYALAH. Nampak gaya boleh tolak ketepi ayam goreng kunyit. Beri laluan karpet merah kepada menu baru untuk dimasak sampai JEMU.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket rempah tandoori
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung goreng ayam
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
·                     gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan selama 1/2 jam
·                     kemudian gorengkan sehingga garing dan kekuningan
·                     hidangkan panas-panas.
Tip.. Kalau korang rasa resepi ni kena dengan selera harian. Boleh la buat perencah tandoori ni banyak-banyak. SENANG untuk digunakan di kemudian hari.


.....................................................................
                               












                                   AYAM MASAK MADU


Bahan-bahan (4-5 orang)
5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu cili kisar
1 ulas bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.
Cara-cara
1.          Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.
2.          Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
3.          Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata.
4.          Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika.
5.          Siap untuk dihidangkan.




.................................................................................................




                                   AYAM PERCIK

Bahan-bahan (Kuah) 4-5 orang
1 ulas bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 sudu cili kisar
1 tin santan
1/4 sudu halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan (Perap ayam)
1/2 ekor ayam
1/2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan putih
Cara-cara
1.          Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam dalam oven selama 40 minit dengan suhu 180 celcius.
2.          Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3.          Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
4.          Masukkan santan, halba dan belacan. Kacau hingga sekata.
5.          Masukkan serai.
6.          Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.          Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
8.          Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
Ayam tu kalau tak nak bakar, boleh je panggang. Bahan-bahan untuk perap ayam pun terpulang pada citarasa masing-masing.




...................................................................................................................

                  

                        Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan (5-6 orang)
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin tomato puri
1 ulas bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
1.          Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.          Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3.          Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
4.          Masukkan tomato, lobak merah, capsicum dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
5.          Masukkan tomato puri, air dan susu. Kacau hingga sekata.
6.          Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
7.          Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.          Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.          Siap untuk dihidangkan.



......................................................................................................................





AYAM GORENG BEREMPAH SERAI


Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
3 ulas bawang putih
1 in kunyit hidup
sedikit garam kasar
3 btg serai ~ dihiris
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili mesin
sedikit perahan limau nipis/kasturi
2 - 3 sudu air
1 tangkai daun kari
minyak utk menggoreng

Tumbuk bawang putih, kunyit hidup dan garam hingga lumat.
Masukkan serai dan tumbuk lagi (tak perlu lumat sekadar melembutkan serai jer)
Gaulkan bahan tumbuk dgn serbuk kari, cili mesin, perahan limau, air dan daun kari hingga menjadi paste.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Perap sekurang2nya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
Angkat, toskan dan boleh lah dihidangkan panas2.




.................................................................................



ROTI SARDIN

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..









..................................................................................
















SARDINE PUFF


Bahan:-

·                     1 paket pastry puff (4x4 in) jenama Kawan
·                     1 biji telor - dipukul sedikit
Bahan Inti:-

·                     1 tin kecil sardin - buangkan sosnya
·                     1 labu bawang besar - didadu
·                     2 tangkai cili merah - dicincang halus
·                     1 cm halia - tumbuk halus
·                     1/3 batang lobak merah - dipotong/sagat halus memanjang
·                     1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
·                     sedikit gula (0ptional)
·                     garam secukup rasa
·                     1 sudu besar jus limau nipis
·                     sedikit minyak untuk tumis
Cara-Cara:-
1.                 Keluarkan pastry puff dan biarkan ia lembut dulu.
2.                 Hancur-hancurkan sardin dan ketepikan. (nak hancurkan masa memasak pun ok)
3.                 Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili dan halia hingga naik bau.
4.                 Masukkan sardin dan kacau sambil dihancur-hancurkan.
5.                 Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
6.                 Masukkan lobak dan perahan jus limau. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
7.                 Tutup api dan sejukkan sebentar.
8.                 Canaikan sedikit puff pastry dan letak inti. Tutup dan tekankan dengan hujung garfu hingga rapat.
9.                 Kelarkan puff dan sapu telor. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C (ikut oven masing2 dan biar panas betul) selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan di atas redai dan bolehlah minum petang ke pagi ke..hehe


...............................................................................................



Resepi Murtabak Ayam






Hidangan untuk 2 - 3 orang

Bahan A (Kulit Murtabak)


  • 5- 6 keping kulit popia
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti Murtabak)
  • 350 ubi kentang
  • 100g daging ayam cincang
  • 1/2 biji bawang besar kuning /holland
  • 3 sk serbuk kari babas
  • 1 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 sk garam (anggaran)
  • gula dan perasa
  • sedikit minyak
  • 2 biji telur
Cara Membuatnya :
1.    Kentang di buang kulit, dibersihkan dan di potong dadu kecil.
2.    Bawang besar di dadu kecil.
3.    Panaskan sedikit minyak.
4.    Tumis bawang besar sehingga wangi dan layu.
5.    Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6.    Kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau rata.
7.    Bila daging agak masak masukkan kentang dan air.
8.    Kacau sebati, bila air separuh kering masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
9.    Kacau sehingga air agak kering.
10.                       Angkat dan sejukkan.
11.                       Pecahkan telur di dalam mangkuk.
12.                       Masukkan inti kentang tadi dan kacau sebati. Boleh tambah bawang besar yang dihiris nipis jika suka.
13.                       Ambil sekeping kulit popia.
14.                       Sudukan 2-3 sudu besar inti kentang ke atas kulit popia.
15.                       Lipat menjadi segi 4 supaya semua inti tertutup di dalam kulit popia.
16.                       Panaskan pan dengan sedikit minyak.
17.                       Masukkan murtabak. Bila dah masak, balikkan.
18.                       Angkat murtabak bila sudah masak.
19.                       Teruskan langkah 13 sehingga inti habis.
20.                       Sedap di makan bersama kari ayam/daging atau kuah cuka.




........................................................................................





Banana Pancake





3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor
1 cawan susu segar
1bj pisang ~ yg dah masak ranum
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

** bila dimasukkan pisang dlm adunan pancake utk menghasilkan Banana Pancake, I kurangkan sedikit sukatan gula. Kerana pisang dah sedia manis kan.. Tapi terpulang la pada citarasa 



















No comments:

Post a Comment